Wednesday, 19 December 2012

Golden Disk Awards !!




assalamualaikum..hari ni keputusan PMR akan dikeluarkan !! haaaa !! tak sabarnya !! eh,mcm dia pulak yg amek PMR ni..tak sabar nak tahu adik dapat bape ? hmmmm..hope dapat keputusan yang baik-2 la ye ..^^ jgn frust menonggeng da la ye.. kalau keputusan tak berapa nak ok,jgn putus asa ye.. still ada SPM untuk menggantikan PMR..haha.. :p

the other story is..ramai orang tanya aku kenapa aku minat k-pop..ya..K-POP !! sebab aku minat la..yang sibuk sangat ni kenapa ? ramai orang cakap kat aku yg k-pop tak berfaedah pun..memang la betul takde faedah dan akan menyababkan lagha..tapi..aku takde la sampai terlebih lagha..kadang-2 tu ada la jugak.. bila aku cakap aku minat k-pop,ekspresi diorang ada yg macam buat muka yang macam nak kena libas dengan selendang pink Sungje..ada yang ok jer..yang tak ok selalunya kutuk-2 k-pop depan aku..ishh..tolong la !!! aku tak pernah nak kutuk muzik jenis apa yang kau suka..TAK PERNAH ok..so,please stop kutuk-2 my kpop okay ? k-pop tak pernah menyusahkan hidup korang kan? kenapa nak peduli sangat..hmm..ada seorang penyanyi ni,memang da kena bash dengan kpoppers la..siapa lagi kalau bukan SAM BUNKFACE.. dia memang muka tembok pun..ouhh..sakit hati jugak la dgn dia ni..kesian kat NUEST and VIXX..

and the story is..GDA or Golden Disk Awards nak buat kat Malaysia !! harga tiket nak masuk memang 'MURAH' sangat !! -..-" harga tiketnya RM688,RM999 (Samsung Galaxy Area) and who's coming is PSY, BIGBANG, SUJU , KARA , T-ARA, CNBLUE, FT-ISLAND, INFINITE, B.A.P, EXO, B2ST, 4MINUTE, SISTAR, SECRET, B1A4, EPIKHIGH, 2NE1, BUSKER BUSKER, MISS A, SHINee, Ailee, K-Will, M-BLAQ and Girls' Generation..waaa!! ramai gila kot..memang nak pergi, tapi harga tiketnya boleh buat aku merempat kat tepi jalan la kan..hmm..

itu jer nak berkongsi..

bye-2..assalamualaikum ^^

Monday, 17 December 2012

Hi ^0^

Assalamualaikum and 안녕하세요 !! ya..sekarang ni dah pertengahan bulan Disember..lebih kurang 2 minggu lagi memasuki tahun baru .. ^^ haish..cepatnya masa berlalu..banyak kenangan manis berlaku tahun ni.. ^0^ tak sah kalau tak cerita pasal U-KISS ^^ hehe..12.12.12,diorang baru jer release 5th Japanese Single..best lagunya !! hehe..hmm,,sekarang banyak lagu Korea yang best-2..tapi lebih bergenre balada la..macam lagu K.WILL,AILEE,KIM JONG KOOK dan lain-2..tahun ni ramai artis k-pop datang malaysia..tapi,satu fanmeeting or konsert pun tak pernah pergi..harga tiket mahal oo..yang percuma pun tak dapat pergi..-.-" tahun depan Golden Disk Awards buat kat malaysia..harga tiketnya memang mahal..tapi ramai artis k-pop datang.. U-KISS tak ada,takpela..haish..-,-''

Tahun depan tahun 2013..bermakna tahun depan aku amek SPM !! seramnya !! seram la sangat kan.. akhir tahun punya result pun macam apa jer.. harap-2 aku dapat lakukan yang terbaik.. FIGHTING !! haha..:p weyh,,korang yang amek spm, GOOD LUCK tau !! ^.^

see ya !! ^.^


Saturday, 13 October 2012

STOP GIRL !! In The Name Of Love ~~~

                                         


                                                               
                                                                   
                                                                       
 

 안녕하세요^^ assalamualaikum..haa,,da lama tak update blog ni~~ uma takde internet~~
haa,,sekarang ni ukiss da buat comeback..da lama da diorang buat..tarikhnya 20.9.2012,,sekarang ni da bulan 10..dorang comeback tanpa AJ..hmm,,boring la sikit sebab takde AJ kan? hmm,,rindu dia sgt-2..>.< tajuk untuk 7th mini album dorang ni STOP GIRL~~ "stop girl,in the name of love~~" lagu ni mmg daebak la!!suka sgt,,lagu lain dlm album ni aku belum dengar lagi la,,takde masa lorh..haha..I LOVE U-KISS ♥♥ (mental breakdown)..haha!! oppa!! chukahahae,johahae,saranghae,bogoshipo !! ♥♥♥
Kiss Me will support u guys forever n ever!! ♥♥ 

p/s miss u AJ !!

Sunday, 2 September 2012

Cinderella !!!!


annyeonghaseyo !!! ^0^ haha,,finally,u-kiss da keluar digital single yg baru.. ^____^ the title is Cinderella !! aarghh  !! suka sgt lagu baru diorang ^.^ oh ye,u-kiss jugak ada keluarkan single baru kat jepun..the title is One of You!! hehe,,now AJ da tak bersama u-kiss T__T ermm,,bukan sebab dia da keluar dari u-kiss,sebab dia pergi sambung belajar kat Colombia University..takpela,,utk ilmu dia jugak kan,,lagipun,5 bulan jer dia belajar kat sana,,tahun depan dia ada balik dgn u-kiss..^,^ tengok konsert diorang kat jepun,mmg aku ikut menangis sekali..huuu,,sdey sgt..oh ye,pada 28 ogos lepas,u-kiss da pun masuk tahun yg ke-4..Happy 4th Anniversary U-KISS,,we;KISS ME will support you guys !! U-KISS FIGHTING !!! buat masa sekarang,aku cuma berharap u-kiss dapat buat konsert kat sini,,:3 aku pun tengah kumpul duit nak beli tiket konsert diorang,,


"girl,I want you to be my cinderella" :3

yeay ! yeay !






Assalamulaikum..sekarang ni da masuk...kejap,skrg syawal yg ke berapa ek? oh,, da masuk 15 syawal 1433 hijrah.. syawal tahun ni la aku rasa paling bosan,,tak rasa apa-2 pun nak sambut bulan syawal ni.. -..- aku rindu sgt bulan ramadhan :3 tapi,bila raya dgn kawan tu happening la jugak kan .. ^0^ haish,,aritu lepas cuti seminggu sempena hari raya,terus jer ujian selaras 2,,mana sempat nak baca buku..aku pun main hentam jer la jwb kan,,tapi byk yg kosong la kan,,suci bersih jer,,lagi-2 paper chemistry,,mmg byk kosong la paper chemistry tu,,huuu,,mesti gagal kot,, -..-" tahun ni,ramai kawan aku buat open house,,mkn byk la kan,,sampai sakit perut segala macam,,berat badan pun mendadak naik,,huish,,haha,,btw,kat atas tu gambar raya aku tahun ni,,^.^

Friday, 20 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak ^.^

assalamualaikum..hmm,,pejam celik pejam celik da nak puasa kan?? esok,21/7/2012 akan bermula lah ibadat puasa bagi seluruh umat Islam,,bulan Ramadhan la bulan yg paling ditunggu oleh seluruh umat Islam di dunia ini..bulan Ramadhan bulan yg sgt istimewa dlm kalendar Islam,,ini kerana Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan,,Ramadhan ini lah peluang kita untuk beramal dan beribadat dengan lebih lagi..semoga Allah menerima segala amalan dan ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan yg penuh dengan berkat Allah,,
berikut adalah kelebihan dan cara mencapai kesempurnaan puasa.. :D

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA
Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Friday, 6 July 2012

.....:\\

assalamualaikum,,hmm,,hari ni boleh la dikatakan hari paling teruk bagi aku,,waaaa,,aku pening gila dengan masalah kawan-2 aku ni,,kenapa dengan korang ni ?? aku tak faham la..kalau ada salah faham atau masalah boleh tak korang bawak berbincang ?? yg si A ckp ni dan salahkan si B DAN si B ckp yg tu dan salahkan si A,,korang boleh tak bawak berbincang hal ni ?? kalau korang taknak kerjasama,macam mana hal ni nak selesai ?? aku susah la,,dengan secara langsungnya , korang buat aku pening kepala dan demam tau..haish..
aku pun tak tau nak ikut ckp sapa..ya,,aku memang salah dlm hal ni,,tapi,,kenapa korang pulak yg jadi macam ni ? hadoi la...susah tau tak ? kalau tak bertolak ansur,macam mana nak bagi satu team tu berjaya ? haish,,da mengarut da aku nih,,peduli apa aku,,aku memang tak puas hati dgn korang la,,seriously !!
korang...bincang la elok-2..baik-2..jgn la macam ni kayy,,aku tak suka la,,

Thursday, 21 June 2012

U-KISS :*




assalamualaikum,,today aku nak cerita pasal k-pop,,^.^ aku da lama minat dgn muzik k-pop nih,,baru-2 ni aku minat gila dgn U-KISS ^___^..hehe,,lagu baru dorang best-2,,sbb tu aku suka dorang,,bias aku dlm group tu Kevin dgn Kiseop,,haha,,dorang comel sgt !! lagu baru dorang yg baru #Believe memang DAEBAK !! aku suka gila dgn lagu sbb lagu  special utk KISS ME :3 aku la tu kan? haha,,aku mula-2 kenal dgn u-kiss ni time lagu #0330,,lagu tu memang sedih :'( then,aku mula la cari lagu dorang yg best-2 ^.^ variety show dorang pun best,,memang kelakar habis la,,suka tengok #u-kiss vampire dgn #chef kiss,,best sgt,,apa-2 pun aku harap group ni akan buat yg terbaik la,,datang la Malaysia lagi ek,,U-KISS FIGHTING !! :*

Sunday, 13 May 2012

assalamualaikum,,^.^ pejam celik pejam celik da masuk bulan 5 bagi tahun 2012,,cepat jer masa berlalu kan? hmm,,tanda-2 kiamat nak dekat,,okay,,sekarang ni aku tengah ber'perang' dengan mid year exam,,haha,,stress woo,,paper bio,fizik dan kimia da 3 paper,,tak tahu la nanti aku jwb mcm mne,,haha,,tahun ni,,aku byk belajar benda baru,,bukan kat dlm kelas jer,,luar kelas selalunya byk,,mcm-2 karenah manusia aku jumpa,,ada yg dengki,ada yg terlalu baik,gila-2 dan mcm-2 lagi la,,manusia memang tak sempurna,,kita tak boleh terlalu cepat menilai seseorang itu,,haha,,apa la yg aku merepek nih,, :p hmm,,tahun ni merupakan tahun yg paling penat utk aku,,tahun depan da SPM !!
ini jer la masa-2 gembira aku :-




 

Wednesday, 22 February 2012

Stress ! !

Assalamualaikum,,hai semua,,^.^ huh,,tahun ni betul-2 menguji kesabaran aku,,byk betul dugaan yang datang bertimpa-timpa,,tak tau macam mana nak cakap,aku betul-2 stress,,dalam erti kata lain,tertekan,,aku tak pernah rasa stress mcm nih,,baru jer bulan feb 2012 da stress mcm nih?? huhu,,menangis,,menjerit,,mcm-2 aku da buat utk hilangkan stress,,tapi,,stress tu dtg jugak,,waarrghh!!!!! rasa mcm nak terjun bangunan jer,,-,- tak tau la kenapa bila naik form 4 aku jadi mcm nih,,mungkin aku tak cukup kuat lagi,,mungkin juga iman aku tak kuat lagi,, ya Allah,,Kau kuatkan lah  aku untuk menghadapi dugaan hidup ini ya Allah,,aku redha dengan segala ujian yang Kau berikan kepada aku,,Kau ampunilah dosa-2 aku ya Allah,,

tahun ni,,aku agak aktif sikit,,mungkin tak biasa,,sebab tu boleh jadi camni,,-,- ujian bulanan 1 akan bermula pada 27-29 feb ni,,tapi,aku x amek ujian tu,,aku amek lmbt sbb aku kena pergi kursus usahawan muda,,kursus tu pulak 4 hari 3 malam,,dari 27 feb-1 mac 2012,,dan perkara yang aku takut bila nak berucap kat ramai-2 org tuh,,perkara yang aku x sabar ialah tidur dan makan kat hotel,,haha,,:P apa-2 pon,,aku terima jer la dugaan yg akan dtg dlm hidup aku nanti,,:')
tata,,assalamulaikum,,

Tuesday, 7 February 2012

Hidup Baru,,Persekitaran Baru~~

Assalamualaikum,,haa,,pejam celik pejam celik da bulan februari tahun 2012 da,,cepat jer masa berlalu,,
ermm,,da lama jugak aku tak update blog nih,,sekarang ni memang sibuk,,walaupun baru form 4,,tapi da sibuk macam nak spm jer tahun nih,,haa,,aku sekarang kelas 4 sains 2,,alhamdulillah,,aku dapat jugak masuk kelas yang aku nak sangat selama nih,,aku memang teringin sangat amek kelas sains,,cita-2 aku nak jadi veterinar,,mestila kena amek biologi kan??haha,,walaupun aku dapat kelas yang bagus nih,,tapi,,aku masih dalam tempoh menyesuaikan diri dengan persekitaran kelas yang laen daripada yang dulu,,yela,,kelas  yang aku duduk sekarang nih penuh dengan budak-2 pandai,,malu kot,,aku ni bukannya pandai sngat,,-,- aku pernah menangis sebab tak tahan dengan kelas nih,,bukan sebab ada org buli aku atau apa,,cuma aku tak dapat nak sesuaikan diri jer,,huu,,teringin nak sama kelas dengan budak-2 kelas Harmoni,,:3 rindu giler kat dorang,,tapi takpe,,aku akan berusaha sedaya upaya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru nih,,haa,,ni baru sekolah yang sama,,kalau aku pindah sekolah tak tau la ape nak jadi dengan aku,,huhuhu,,

cerita pasal sekolah nih,,aku tak dapat pun tawaran ke sbp,,huhuhuhu,,sdey sangat,,takpe la,,kat mana-2 pun kite bole cari ilmu kan?? tahun ni aku aktif kat kiosk usahawan muda,,best jadi ahli kiosk tuh,,^.^ nama syarikat kitorang World Our Bussiness sdn.bhd.,,okayy tak nama tuh??hee,,
haha,,da tak tau nak tulis ape lagi,,ermm,,cukupla sampai disini saja,,banyak lagi kerja sekolah yang tak siap lagi,,bye~~ assalamualaikum,,^.^